Selamat Tahun Baru 2019!

Selamat Tahun Baru 2019!

Hai! Masuk tahun 2019 dah. Umur pun dah berapa entah. Ada beberapa benda yang saya nak capai tahun ni. Saya baru ada weekly target. Lebih kepada weekly income target. Hidup sebagai seorang freelancer dan usahawan online, saya lebih selesa track income secara mingguan.

Target bulanan, suku tahun, apa yang nak dicapai tahun ni…belum buat lagi. InsyaAllah dalam proses. Benda ni memang kena ada. Tambahan lagi bila saya rasa nak lebih serius tahun ni. Aura tahun baru tu memang ada. Setakat 2 hari ni, momentum tengah steady lagi.

Blog Asyraf Farouq Dot Com ni pun salah satu projek dalam perancangan untuk tahun ni. Tapi tu lah, bila menulis tanpa dibayar ni…boleh jadi ni artikel terakhir kat sini, hah! Ataupun anda tengok lah 2-3 bulan lagi untuk update yang baru. Blog ni pun belum siap lagi sebenarnya.

“Perfect is the enemy of done.”

Bila fikir balik, ada beberapa benda yang saya sepatutnya kena konsisten buat tahun lepas tapi tak konsisten. Tu salah satu cabarannya bekerja sendiri. Bila excited dengan projek baru, projek lama terabai padehal projek tu boleh bagi income tambahan lebih kurang Rm500 sebulan masa tu.

Alhamdulillah untuk tahun lepas, saya banyak belajar dari pengalaman. Dalam bidang perniagaan online khususnya. Ini memang minat saya. Secara spesifiknya bisnes online dropship. Model bisnes saya tak pernah lari dari bisnes secara dropship.

Dropship dari China ke United State (eBay, Amazon, Etsy), dropship dari China ke Malaysia (Instagram, Shopee), semua saya dah rasa buat dan berjaya buat at least 1 jualan kat tempat-tempat tu.

Alhamdulillah untuk semua ilmu ni, saya kagum dengan teknologi hari ni yang memudahkan orang memulakan bisnes tanpa perlu ada produk sendiri. Malah lebih kagum lagi bila dapat usahakan bisnes dropship ni hanya dari laptop di bilik saya jer.

Sebenarnya ada beberapa benda lagi yang saya nak tulis dalam artikel ni yang dapat berikan manfaat pada anda, tapi disebabkan kekangan masa dan ada benda lain yang perlu saya fokuskan buat masa ni, saya terpaksa berhenti kat sini dulu.

Akhir kata, semoga segala urusan anda dipermudahkan dalam tahun 2019. 🙂

2 thoughts on “Selamat Tahun Baru 2019!”

  1. Terbaik… moga tahun 2019 tuan asyraff lagi maju terus… apa yang tuan buat ni adalah kitaran hidup seorang peniaga… moga jadi jutawan satu hari nanti. Jangan lupa tulis selalu…chow dulu..

Leave a Comment